Friday, March 24, 2017

Penghibur Hati Pelepas Sunyi


Apabila saya berjauhan dengan dua orang budak ini, saya selalu membayangkan kesunyian yang mereka rasai apabila ditinggalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana saya selalu menganggu mereka apabila berada bersama-sama mereka. Saya akan mandikan mereka, seminggu dua kali. Apabila malam, sambil menonton TV saya selalu sisir bulu mereka dengan sisir untuk membuang bulu yang luruh supaya nampak cantik dan berkilat. Kadang-kadang, saya bagi mereka mainan yang paling digemari iaitu melompat mendapatkan hujung tali. Telatah mereka kadang kala mencuit hati. 



Walau bagaimanapun, antara Jerico dan Bella, yang agak degil dan susah untuk dijaga ialah Bella. Dia tidak mahu dipegang. Dia mudah marah apabila lama-lama di pegang. Apabila suka dia akan datang sendiri. Kalau dia tak suka, kita panggil 1000 kali pun nama dia, semuanya bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia tak ambil peduli. Perkara paling lucu apabila dia datang tiba-tiba dan mengigit kaki atau betis kita yang sedang tidur. Itu tandanya makanan dia telah habis. Kita kena masukkan makanan dalam bekas. Dia akan makan dan makan sehingga habis. Itulah Bella. 




Terimalah lagu "Apa Ini Cinta"





Tuesday, March 21, 2017

Bersama Bella Sewaktu Dia Berumur 3 Bulan 3 Hari.











Sewaktu Mereka Masih Berumur 2 Bulan



21 MAC 2017 : MEREKA SELALU DITINGGALKAN


Budak dua orang ini memang sudah biasa kena tinggal. Saya tidak mahu tinggalkan mereka di kedai yang khusus untuk menjaga kucing takut mereka terkena jangkitan kuman dan tidak diberikan makanan yang sebaik-baiknya. Saya juga tidak mahu mereka tinggal di rumah kawan sebab takut menyusahkan orang pula. Jadi, saya gunakan kreativiti, saya sediakan bilik yang selesa untuk mereka. Air yang mencukupi untuk bekalan antara 3 hingga 5 hari sebab Jerico memang kuat minum air. Air itu biasanya saya tinggalkan dalam 10 liter, yang dicampur khusus dengan baja kucing, memang lengkap dengan vitamin. 


Kemudian, saya belikan mesin makanan automatik 3 buah. Saya akan set, makanan keluar setiap 4 jam dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. Untuk mengelakkan semut atau serangga lain masuk ke dalam bekas makanan automatik itu, saya gunakan serai yang ditutuk dan dikeringkan serta disimpan dalam bekas. Semut memang tak masuk. Apabila saya datang, saya selalu lihat mereka tidur berpelukan. Makanan dan air yang ditinggalkan memang habis atau 95% habis diminum dan dimakan. 


Mereka berdua memang 
tidak pernah menyusahkan.
Mereka berdua sangat berdikari. 
Mereka tidak pernah
kencing atau buang tahi sebarangan.
Apabila mahu buang air 
mereka akan naik ke bilik mereka.
Apabila hendak minum dan makan, mereka makan di bilik mereka. 



Saturday, March 18, 2017

05 Mei 2016

Tuhan ciptakan mereka untuk disayangi. Tuhan jadikan mereka makhluk yang manja dan sentiasa ceria. Mereka perlukan belaian. Mereka dahagakan perhatian. Walaupun binatang, mereka tahu makna marah, suka, dan duka. Mereka tahu siapakah yang perlu diikuti atau didampingi. Percaya atau tidak, semua tetamu yang datang ke rumah saya, tiada seorang pun akan mereka dekati malahan mereka berdua akan menjauhkan diri. Mereka selalu berasa tidak selamat jika ada orang lain berada di rumah. 





01 Jun 2016

Jerico seekor kucing yang manja dan penyayang. Dia menjadi pelindung kepada Bella. Walaupun Bella selalu marah padanya, dia tidak pernah berkasar dengan Bella. Apabila dia nampak Bella kesunyian dia akan datang untuk menghiburkan hati. Dia ajak Bella main kejar-kejar. Kadang-kadang mereka main sembunyi-sembunyi. Kemudian, dia akan jilat badan Bella dengan penuh kasih sayang. Dia seorang abang yang baik buat Bella. Dia bagaikan tahu tanggungjawabnya sebagai pelindung dan penyelamat kepada adiknya. 








Apabila dia tidur, 
aksi dia begini le ... tak ingat dunia

15 MEI 2017

Bella ni suka tengok televisyen. Saya tak tahu sama ada dia faham atau tidak cerita yang ditayangkan di kaca televisyen tetapi apabila saya buka televisyen dan tayangkan cerita Tom and Jerry, dia akan duduk dan memandang televisyen tanpa berkerlip. Telatah dia menimbulkan kelucuan. Dia boleh bertahan sehingga 1 jam atau lebih mengadap televisyen. Dia hanya akan naik ke bilik di tingkat atas untuk makan, minum dan buang air. Payah juga nak sentuh dia ini kalau dia tak nak kecuali apabila dia datang sendiri baru kita boleh belai dia. 






Dia memang cute. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...